Friday, September 12, 2008

AKHLAK ISLAMIAH

Sifat-sifat Terpuji

  • Bertaubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana ingin membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mesti memenuhi syarat-syarat yang berikut sebagai bukti kesungguhannya iaitu:
    • Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.
    • Sungguh- sunguh menyesal di atas perbuatannya yang salah itu atau yang telah terlanjur.
    • Berazam dengan bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi keterlanjurannya lagi. 
  • Khauf ertinya takutkan Allah. Takut kepada kemurkaaan-Nya dengan memelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah.
  • Zuhud ertinya bersih dan suci hati berkehendakkan lebih daripada keperluannya serta tidak pula bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah daripada Allah buat sementara waktu sahaja.
  • Sabar ertinya tabah dan cekal dalam menghadapi sesuatu ujian dan dugaan yang mendukacitakan daripada Allah.
  • Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehi baik yang lahir mahu pun yang batin semuanya adalah daripada Allah. Ia juga merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhan-Nya.
  • Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.
  • Tawakal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.
  • Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepada Allah serta bersungguh-sungguh dalam menjaga dirinya dari melakukan maksiat.
  • Reda dengan Qada' dan Qadar ertinya merasa lapang dalam menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah, samada yang berupa nikmat ataupun musibah.
  • Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.

  Sifat-sifat Tercela

  • Syarhul Tha'am ertinya gemar kepada makan ataupun makan dengan terlalu banyak.
  • Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak memberi hasil atau mendatangkan sebarang faedah kepada dunia dan juga akhirat.
  • Ghadhob ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku hanya pada perkara yang kecil.
  • Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan melebihi dirinya.
  • Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan harta kepada jalan Allah.
  • Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakkan kepada kemasyhuran.
  • Hubbul Dunya ertinya cintakan kepada dunia secara keterlaluan sehingga lalai daripada mengerjakan ibadat dan berzikir kepada Allah.
  • Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan serta kedudukan yang tinggi dari orang lain.
  • Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga terlupa segalanya adalah nikmat yang datangnya daripada Allah.
  • Riya' ertinya menunjuk –nunjuk dengan amal ibadatnya. Ia beramal untuk mendapatkan pujian dan sanjungan daripada manusia bukan daripada Allah.

No comments: