Monday, September 22, 2008

PENGERTIAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH

Pernahkah kita dalam mencapai suatu
perkara, setelah kita berpenat lelah dan
seratus peratus meletakkan tenaga dan
keupayaan kita dan setelah kita yakin
kita telah memberikan seluruh sumber
yang ada namun hati kita masih resah
seolah dunia masih tidak mengiktiraf
usaha kita? Mungkin kerana kealpaan
kita, kita terlupa yang Dia lah penentu
segalanya . Dialah yang menentukan nilai
rezeki dan setiap sesuatu untuk setiap
daripada kita. Firman Nya :
“Dan Dia memberikan rezeki dari arah
yang tidak disangka-sangka. Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah,
niscaya Allah akan mencukupkan
keper luannya. Sesungguhnya Allah
melaksanaka n urusanNya. Sungguh, Allah
telah menentukan bagi setiap sesuatu” QS
65:3.

T awakal daripada suku kata perkataan
arabnya bermaksud mewakilkan urusan
kepada pihak yang lain. Dan maksud ini
dapat kita perluaskan lagi sebagai
kepercaya an hati kepada wakil satu-satunya.
Dal am kita meletakkan perwakilan bagi
suatu urusan kita, pastinya wakil kita
itu diyakini kebenarannya
(mun tahal-hidayah), diyakini yang paling
kuat (muntahal-quwwah), diyakini paling
lancar (muntahal-fashahah) dan juga
diyakini paling perhatian dan kasih
sayang (muntahas-syafaqah). Bukankah
semua sifat ini hanyalah milik Dia?
Adakah makhluk yang diciptakanNya
mem punyai semua sifat dia atas untuk
kita sandarkan kepercayaan kita? Mana
mungkin kerana hanya dari Dialah
segalanya datang, dan kepadaNya
segalan ya kembali.
Di dalam kita menghadapi cabaran, Allah
telah menyuruh kita untuk berserah
kepadaNy a. Namun ini bukanlah bermakna
kita tidak perlu melakukan apa-apa dalam
kita mencapai sesuatu itu. Firmannya lagi:
“ ketika dua golongan dari pihak kamu
ingin mundur kerana takut, padahal Allah
adalah Penolong mereka. Kerana itu,
hendaklah kepada Allah sahaja
orang-oran g mukmin bertawakkal” QS 3;122
Bila kita hendak capai sesuatu,
keingina n dan cita-cita tu hanya akan
jadi mimpi dan angan-angan kosong yang
tidak bernilai kalau kita tidak sertakan
sekali dengan usaha. Rezeki tidak datang
bergolek kalau kita tidak ikhtiar untuk
cari. Dan pada usaha itulah hasil kita
akan terjadi.

Teta pi usaha semata tidak bernilai di
sisi Allah jika kita hanya mengharapkan
usah a kita sedangkan kita lupa untuk
meletakkan Allah sebagai yang Menentu.
Jangan sekali kita meletakkan usaha kita
menjadi neraca hasil kerana bukankah itu
seolah kita mengiktiraf diri kita
bagaikan berkuasa dan tidak perlu
mengharap pada Ilahi?.Andai inilah yang
kita lakukan, secara sendirinya kita
menghitamkan hati kita dengan riya’ dan
takabbur. Sedangkan hasil suatu itu
adalah ketentuanNya, nikmatnya untuk
memberikan menurut pertimbanganNya.
Mungkin terjadi, mungkin tidak.

Namun Allah menjanjikan nikmat yang
tidak disangka-sangka bagi mereka yang
bertawakkal. Rasulullah bersabda :
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah
dengan sebenar-benarnya tawakkal maka
Allah memberikan rezeki kepadamu
sebagaim ana Allah memberikan rezeki
kepada burung, pagi keluar sarang dalam
keadaan lapar, dan petangnya pulang ke
sarang dalam keadaan kenyang.” HR At
Tirmidziy.

Dalam bertawakal ada peringkat-peringkat<>yang boleh dijadikan kayu ukur
kebergantung an kita;
a. Ketergantungan seseorang kepada Allah
atas perlindungan dan pemenuhan
keingin annya, sebagaimana keterikatan
seora ng pelanggan kepada pengacaranya.
Ia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu
saat ia dapat mengambil kembali
perjanjia n, dan menyerahkannya kepada
pihak lain, yang lebih dipercayai.
b. Kebergantungan seseorang kepada Allah
bagaikan kebergantungan seoran bayi
terhadap ibunya. Ia tidak mengenal orang
lain selain ibunya, tidak merengek dan
meminta susu kecuali kepada ibunya, ia
tidak berserah diri kecuali kepada
ibunya. Namun bayi itu dapat juga
berbuat sesuatu yang diinginkannya di
luar pengetahuan orang tuanya.
Kebergant ungannya kepada orang tau
karena ketergantungan adanya keinginan
yang tiada pada orang lain, selain ibunya.
c. Kebergantungan seseorang kepada Allah
bagaikan kebergantungan seorang jenazah
terhadap orang yang memandikannya. Si
arwah tidak tahu lagi apa pun yang
diperbuat oleh orang yang memandikannya.
Ia menyerah terhadap perlakuan apapun
yang diberikan kepadanya.

Ma ka kita jejaki kembali tawakkal kita,
adakah sudah kita benar-benar
mengh arapkan dari Ilahi yang
sepenuh-penu h takwa seperti yang
dituntut ke atas kita.
Bila kita melakukan tawakkal, bukankah
itu lebih tenang di hati kerana kita
yakin Allah telah menentukan rezeki
untuk setiap kita yang masing-masing ada
bahagian sendiri. Bila kita yakin suatu
rezeki itu ditentukan untuk kita, maka
tidak perlu kita takut untuk orang lain
mendapatnya pula.
Namun kita tidak akan tahu apa rezeki
yang akan diberikan kepada kita kerana
suatu usaha itu mungkin tidak
mendatangka n hasil seperti yang kita
harapkan. Mungkin lebih dari kita
harapkan atau mungkin lebih teruk
daripada jangkaan kita. Tapi bagi
seorang yang hidupnya penuh dengan
tawakkal kepada Allah tahu dan yakin
bahawa itulah rezeki yang ditetapkan
untukn ya yang datang bukan sebagai
ganjaran atau balasan kepada dia, namun
sekadar ujian untuk menguji secebis iman
di dada. Ini kerana dia yakin, segala
apa yang dilakukan di dunia adalah
kerana untuk memetik ganjarannya di
syurga sana. Kita hanyalah penyemai
benih keimanan dan diindahkan dengan
tawakkal kerana tawakkal itu satu
daripada pembuktian iman, yang meyakini
Dialah segalanya, yang dinantikan bukan
hasil dan ganjaran di muka bumi, tetapi
adalah ganjaran abadi syurga firdausi.
Dan kerana itulah orang yang benar
bertawakkal , dia tidak akan takut untuk
berusaha kerana tahu rezekinya datang
dengan tidak disangka-sangka, dia akan
terus berusaha untuk masa depannya,
terus berusaha untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya disamping berusaha
mengelak musibah kepada dirinya kerana
dia yakin, setiap usaha yang
dilakukannya hanyalah wasilah yang akan
membenarkan dia untuk menggapai cinta
Ilahi di jannah Ilahi..

“Suat u tawakkal dan keyakinan yang kuat
tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka
tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi
i khtiar akan sia-sia tanpa tawakkal,
meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar
adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin
disertaka n keyakinan bahawa Dia lah
penentu segalanya.”

M oga kita bertawakkal dengan sebenar
tawakkal, diiringi dengan keikhlasan
semata untukNya.

Wal lahua’lam..

No comments: