Friday, September 5, 2008

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca di muka bumi ini...

Selamat Berpuasa....semoga puasa kita sama-sama mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Apa yang penting ialah kita berpuasa.

Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam?

Pentingnya di sini ialah kita faham dan ikhlas melakukannya. Ramadhan adalah bulan yang terbaik untuk kita beramal ibadah kerana dalam bulan ini Rasulullah SAW menegaskan bahawa semua pintu syurga dibuka,pintu neraka ditutup manakala syaitan dan iblis durjana dibelenggu.Tapi yang nyatanya masih ramai yang tidak faham akan kelebihan dan keseronokan berpuasa sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya dilakukan di bulan ramadhan.Kalau iblis dan syaitan Allah kurung dan rantai di neraka maknanya kitalah iblis yang bretopengkan manusia!!!!

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).

Allah sedia sebuah syurga bernama Rayyan bagi penempatan orang yang mengerjakan ibadah puasa...Allah janjikan ganjaran pahala 10 kali ganda hingga 700 kali tapi manusia masih tidak mahu sedar apakah faedahnya puasa itu.Apakah mungkin kita telah dikaburi oleh media massa barat hingga lebih mengutamakan duniawi daripada akhirat yang pasti kekal buat kita selama-lamanya.

“Diriwayatkan dari Sahal bin Sa’ad : Sesungguhnya Nabi saw telah bersabda : bahwa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut ” Rayyaan”.
Pada hari kiamat dikatakan : Dimana orang yang puasa? ( untuk masuk Jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir diantara mereka sudah memasuki pintu itu,
maka ditutuplah pintu itu.” (HR. Bukhary Muslim).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw: Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku
dan aku yang memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu puasa janganlah berbuat keji , jangan
berteriak-teriak ( pertengkaran ), apabila seorang memakinya sedang ia puasa maka hendaklah ia katakan : ” sesungguhnya saya sedang puasa” . Demi jiwa Muhammad yang ada di tanganNya sungguh bau busuknya mulut orang yang sedang puasa itu lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia gembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira karena puasanya. ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim)

Jadi renung-renungkanlah pengajaran yang boleh diambil daripada hadist-hadist di atas semoga kita semua berada di landasan yang baik untuk menuju kejayaan dan seterusnya menjadi ummah yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Wassalam.

No comments: